Thursday, 8 March 2012

ADAB TERHADAP IBU BAPA

      Bersabda Rasulullah SAW, " berbuat baik kepada dua ibu bapa lebih baik dari mengejarkan solat, bersedekah, berpuasa, menunaikan haji dan umrah serta berjihad di jalan Allah,"

     Baginda juga bersabda," sesiapa yang berpagi dalam keadaan diredhai oleh kedua ibu bapanya, dijadikan untuknuya dua pintu yang terbuka untuk ke syurga. Sesiapa yang berpetang, maka begitu juga. Jika ia berbuat baik kepada seorang dari mereka berdua, maka satu pintu dibuka untuknya ke syurga. Sekalipun mereka berdua zalim, sekali pun mereka berdua zalim, sekalipun mereka zalim. Sesiapa berpagi dengan kemarahan kepada dua ibu bapanya, dijadikan untuknya dua pintu menuju ke neraka. Sesiapa yang berpetang, maka begitu juga. Jika ia menimbul kemarahan kepada seorang saja dari mereka berdua, maka satu pintu dibuka untuknya ke neraka.Sekalipun mereka berdua zalim,sekalipun mereka berdua zalim, sekalipun mereka zalim."

   Baginda juga bersabda, " berbuat baiklah kepada ibumu,bapamu,saudara perempuanmu,saudara lelakimu,kemudian yang lebih hampir dengan kamu,seterusnya yang lebih hampir berikutnya."

   Terdapat riwayat menceritakan," Allah berkata kepada Nabi Musa A.S," sesungguhnya sesiapa berbuat baik kepada dua ibu bapanya dan menderhakaiKU , tetap aku tulis ia sebagai orang baik.Sesiapa berbuat baik kepadaKU ,namu ia menderhakai dua ibu bapanya, akan aku tulis ia sebagai penderhaka."

    Di ceritakan , tatkala Nabi Yaakob A.S masuk bertemu Nabi Yusuf A.S, ia tidak bangun menghormati ayahnya itu. Maka Allah menwahyukan kepadanya, " apakah kamu berasa besar untuk berdiri menghormati bapa mu? demi kemuliaan dan kebesaranKu ! aku tidak akan melahirkan dari zuriat mu seorang nabi pun."

    Rasulullah bersabda," kebaikan untuk ibu atas anak adalah sekali ganda." 

    Baginda juga bersabda, " doa seorang ibu lebih  cepat di makbulkan." Ditanya kepada baginda ; " kenapa ya Rasulullah ? ". Jawab baginda , " kerana ia lebih kuat ikatan rahimnya dari bapa dan doa orang yang mempunyai ikatan rahim tidak akan gugur ( yakni tidak akan di tolak)."
 

   

No comments:

Post a Comment