wanita yang berakal dapat mengubah sahara yang tandus menjadi taman yang indah lagi subuh..:-)
Sunday, 25 March 2012
INI VIDEO PENGAJARAN BUAT KANAK-KANAK BESERTA DOA
...video ini menceritakan tentang adab nya seorang anak terhadap ibu dan bapa nya..video ini memaparkan satu pengajaran yang berkesan khas bagi kanak-kanak, kerana setiap yang kita lakukan harus lah ikhlas, jujur dan tidak mengungkit dengan apa yang kita lakukan tanpa meminta balasan. Kerana dalam apa yang kita lakukan allah akan memberi balasan tanpa pengetahuan kita..
Slot 30 minit
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(SLOT PENGAJARAN)
Kelas: Tadika mutiara iman
Tarikh: 19.3. 2012
Masa: 8.00 – 8.30 pagi
Bilangan Pelajar 25 orang
Modul: Asas
Tema/Tajuk: Adab terhadap ibu bapa
Tunjang Utama: Kerohanian Sikap dan Nilai –
Pendidikan Islam
Standard
Kandungan: (PI 4.2) melakukan amalan
seharian mengikut adab seperti adab terhadap
ibu
bapa.
Standard Pembelajaran
: (PI 4.2.4) Menyatakan adab seperti menghormati ibu bapa
Kesepaduan Tunjang: BM 2.1.4 berinteraksi secara sopan dan
bertatasusila terhadap ibu bapa.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. menyatakan adab-adab terhadap ibu bapa
2. mengetahui cara-cara adab terhadap ibu bapa.
Pengetahuan Sedia
Ada : Murid sudah belajar tentang menghormati orang tua
Kemahiran
Berfikir(KB) : Menjana idea dan menghubung kait
Penerapan Nilai : Sopan santun, lemah lembut dan
sabar
Bahan Bantu
Mengajar(BBM): Gambar adab-adab terhadap ibu bapa
Fokus MI : kecerdasan
bahasa, intrapersonal dan interpersonal
Kosa Kata: salam,
tunduk hormat, cium tangan dan tolong- menolong
LANGKAH/
MASA
|
ISI
PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
(BBM,
kesepaduan,kb,nilai
dlln)
|
Set induksi
(5 minit )
|
Menonton video klip mengenai kasih sayang
antara ibu bapa dan anak.
Contoh soalan :
1.
Adakah kamu sayang pada ibu bapa
anda?
2.
Apa yang kamu lakukan pada ibu bapa
sebelum kamu dating ke sekolah?
3.
Adaakah kamu menghormati ibu bapa
kamu?
|
Murid menonton video klip your mother
oleh yusof islam .
Guru bersoaljawab tentang video yang
ditonton.
Guru mengaitkan apa yang mereka
lakukan terhadap ibu bapa seperti di dalam video klip tersebut.
| <><>
>
Video, VCD dan LCD
|
Perkembangan P&P
Langkah 1
( 7 Minit )
Langkah 2
( 15 Minit )
| Menayangkan gambar-gambar adab terhadap ibu bapa?
Contoh :
Gambar 1 : Menyalami ibu
Bapa
Contoh 2 : Tunduk tanda hormati ibu
bapa ketika lalu di hadapan mereka.
Contoh 3 : Mendengar arahan ibu bapa
seperti di suruh mengaji.
Contoh 4 : Menunjukkan kasih sayang
Contoh 5 : Tolong menolong ibu bapa
seperti berkebun.
Melakukan aktiviti menyusun puzzle
gambar-gambar adab-adab terhadap ibu bapa.
Contoh :
Gambar 1 : menyalami tangan ibu bapa
Contoh :
Gambar 2 : tunduk tanda hormat ibu
bapa ketika lalu di hadapan mereka.
| Mendengar setiap penjelasan guru terhadap gambar-gambar yang di tayangkan. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ketua kumpulan diminta tampil kehadapan untuk memilih kota puzzle.
Murid akan duduk dalam kumpulan untuk
menyelesaikan susunan puzzle itu.
Dalam kumpulan murid akan berkongsi
idea bersama dan berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang
diberi.
Murid-murid akan meneka gambar puzzle
dari kumpulan lain setelah selesai sesi menyusun puzzle masing-masing.
Guru berbincang mengenai setiap apa
yang mereka dapat dari aktiviti ini.
| <><>
>BBM: Gambar
BBM : Kotak puzzel
|
Penuntup/
Refleksi
( 3 Minit )
|
Contoh : beradab terhadap ibu bapa
|
Guru membuat rumusan dengan
bertanyakan kepada murid semula adab-adab terhadap ibu bapa yang telah
dipelajari.
|
Nilai : kasih sayang dan menghormati.
|
Monday, 12 March 2012
Contoh-Contoh Adab Terhadap Ibu Bapa
memberi salam
memberi salam kepada kedua ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.
contohnya:ketika ingin kesekolah,bermain,dan keluar rumah.
menundukkan badan ketika melintasi orang tua
jika kita hendak berjalan atau melintasi orang tua walaupun bukan ibu bapa kita harus membongkokkan badan sebagai tanda hormat terhadap orang tua.
mentaati perintah ibu bapa
sebagai contoh: apabila ibu bapa menyuruh kita,mengaji kita haruslah mendengar perintah mereka.
menyayangi ibu bapa
menjadi kewajiban anak-anak untuk menyayangi kedua orang tuanya.
kita boleh menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka dengan memeluk mereka,berterima kasih kepada mereka,dan mengunjungi mereka.
membantu ibu bapa
bagi meringankan beban kedua orang tua,sebagai anak yang soleh dan soleha,perlulah membantu mereka agar mereka merasai kasih sayang kita pada mereka.
sebagai contoh:membantu membersihkan halaman rumah,membantu ibu melipat baju,dan sebagainya.
Thursday, 8 March 2012
ADAB TERHADAP IBU BAPA
Bersabda Rasulullah SAW, " berbuat baik kepada dua ibu bapa lebih baik dari mengejarkan solat, bersedekah, berpuasa, menunaikan haji dan umrah serta berjihad di jalan Allah,"
Baginda juga bersabda," sesiapa yang berpagi dalam keadaan diredhai oleh kedua ibu bapanya, dijadikan untuknuya dua pintu yang terbuka untuk ke syurga. Sesiapa yang berpetang, maka begitu juga. Jika ia berbuat baik kepada seorang dari mereka berdua, maka satu pintu dibuka untuknya ke syurga. Sekalipun mereka berdua zalim, sekali pun mereka berdua zalim, sekalipun mereka zalim. Sesiapa berpagi dengan kemarahan kepada dua ibu bapanya, dijadikan untuknya dua pintu menuju ke neraka. Sesiapa yang berpetang, maka begitu juga. Jika ia menimbul kemarahan kepada seorang saja dari mereka berdua, maka satu pintu dibuka untuknya ke neraka.Sekalipun mereka berdua zalim,sekalipun mereka berdua zalim, sekalipun mereka zalim."
Baginda juga bersabda, " berbuat baiklah kepada ibumu,bapamu,saudara perempuanmu,saudara lelakimu,kemudian yang lebih hampir dengan kamu,seterusnya yang lebih hampir berikutnya."
Terdapat riwayat menceritakan," Allah berkata kepada Nabi Musa A.S," sesungguhnya sesiapa berbuat baik kepada dua ibu bapanya dan menderhakaiKU , tetap aku tulis ia sebagai orang baik.Sesiapa berbuat baik kepadaKU ,namu ia menderhakai dua ibu bapanya, akan aku tulis ia sebagai penderhaka."
Di ceritakan , tatkala Nabi Yaakob A.S masuk bertemu Nabi Yusuf A.S, ia tidak bangun menghormati ayahnya itu. Maka Allah menwahyukan kepadanya, " apakah kamu berasa besar untuk berdiri menghormati bapa mu? demi kemuliaan dan kebesaranKu ! aku tidak akan melahirkan dari zuriat mu seorang nabi pun."
Rasulullah bersabda," kebaikan untuk ibu atas anak adalah sekali ganda."
Baginda juga bersabda, " doa seorang ibu lebih cepat di makbulkan." Ditanya kepada baginda ; " kenapa ya Rasulullah ? ". Jawab baginda , " kerana ia lebih kuat ikatan rahimnya dari bapa dan doa orang yang mempunyai ikatan rahim tidak akan gugur ( yakni tidak akan di tolak)."
Subscribe to:
Posts (Atom)